[SEMOGA BAROKAH]
Doa ini dibaca setelah sholat Maghrib atau
setelah Isya’ sebanyak 3 x,
Sebelum doa dibaca,
hendaklah salat sunnah dua rakaat. Pada rakaat pertama, (setelah Al-Fatihah)
hendaklah membaca surat Al-Kafirun. Pada rakaat kedua dibaca surat Al-Ikhlas.
Setelah salam
kemudian membaca surat Yasin sebanyak tiga kali, dengan niat:
Bacaan yang
Pertama :
Agar
Panjang umur sehat wal afiat, barokah untuk ibadah kepada Allah SWT.
Bacaan yang
Kedua :
Agar banyak
rizqi yang halal dan barokah untuk bekal ibadah.
Bacaan yang
Ketiga :
Agar tetap
iman tetap dalam aqidah ahlussunnah wal jamaah dan dijauhkan dari segala macam
bentuk bencana.
بِِِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
اَلْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ
الأَنْبِيَآءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْن.
اَللّهُمَّ
يَاذَاالْمَنِّ وَلاَيُمَنُّ عَلَيْهِ يَاذَاالْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
يَاذَاالطَّوْلِ وَالإِنْعَامِ لآ إِلهِ إِلاَّ أَنْتَ ظَهْرَ اللاَّجِيْنَ
وَجَارَ الْمُسْتَجِيْرِيْنَ وَأَمَانَ الْخَائِفِيْنَ.
اَللّهُمَّ
إِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِي عِنْدَكَ فِي أُمِّ الْكِتَابِ شَقِيًّا أَوْ مَحْرُوْمًا
أَوْ مَطْرُوْدًا أَوْ مُقْتَرًّا عَلَىَّ فِي الرِّزْقِ فَامْحُ اَللّهُمَّ
بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِي وَحِرْمَانِيْ وَطَرْدِيْ وَاقْتَارَ رِزْقِي
وَأَثْبِتِْنيْ عِنْدَكَ فِي أُمِّ الْكِتَابِ سَعِيْدًا مَرْزُوْقًا مُوَفَّقًا
لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الْحَقُّ فِي كِتَاِبكَ الْمُنْزَلِ
عَلَى لِسَانِ نَبِيِّكَ الْمُرْسَلِ يَمْحُواللهُ مَايَشَاءُ وَيُثْبِتُ
وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ.
إِلهِي
بِالتَّجَلِّي الأَعْظَمِ فِي لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَهْرِ شَعْبَانَ الْمُكَرَّمِ
الَّتِي يُفْرَقُ فِيْهَا كُلُّ أَمْرٍ حَكِيْمٍ وَيُبْرَمُ أَنْ تَكْشِفَ عَنَّا
مِنَ الْبَلاَءِ مَانَعْلَمُ وَمَا لاَنَعْلَمُ وَمَا أَنْتَ بِهِ أَعْلَمُ
إِنَّكَ أَنْتَ الأَعَزُّ الأَكْرَمُ .
وَصَلَّى
اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Ertinya:
Dengan
nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian untuk
Allah, Pencipta dan Pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad, semulia-mulia nabi dan
rasul dan ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya .
Ya Allah, wahai yang
empunya kurniaan dan tiada siapa mengurniakan kepadaNya, wahai Yang
Empunya segala kebesaran dan kemuliaan, wahai Yang Empunya segala kemurahan dan
pemberian, tiada Tuhan melainkan Engkau tempat sandaran hamba-hambaMu yang
memohon perlindungan, Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan,
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan.
Ya Allah, kiranya
aku ini tersurat pada sisiMu dalam Lauh Mahfuzh mendapat
kesusahan atau ditegah dari beroleh rahmat atau terhindar jauh lagi sempit
mendapat rezeki dariMu, maka dengan segala kebajikan yang ada padaMu, Ya Allah,
hapuskanlah kesusahan, tegahan dan kesempitan dari beroleh rezekiku. Dan
tetapkanlah aku di sisiMu dalam Lauh Mahfuzh sebagai orang yang berbahagia,
sentiasa beroleh rezeki, memperoleh pelbagai kurnia dan kebajikan. Sesungguhnya
Engkau Ya Tuhan telah berfirman dalam kitab (al-Quran) yang diturunkan melalui
lisan NabiMu yang diutus firmannya: يَمْحُوا اللَّهُ مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ أُمُّ الْكِتَابِ tafsirnya: Allah menghapuskan dan menetapkan apa
jua yang dikehendakiNya dan di sisiNya ada Ummul Kitab (Lauh Mahfuzh).
Ya Allah,
dengan limpah kemurahanMu pada malam nishf Syaban yang mulia, pada malam
dinyatakan segala perkara yang dikehendaki Allah, ditetapkan dan diputuskan,
mohon ya Allah lepaskan kami dari segala bala yang kami ketahui dan yang
tidak kami ketahui dan apa yang Engkau lebih ketahui. Sesungguhnya Engkau jua
Yang Maha Kuasa lagi Maha Mulia.
Selawat
dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad serta kepada ahli keluarga dan
para sahabat baginda. Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan Pentadbir
sekalian alam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar